Saturday, January 19, 2008

SETIA SEORANG ISTERI

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku di ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia


Setia mu ku hargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Yang bersemi di hati

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia



LAGU: BENIGN
LIRIK: ZAIDIE WILDAN
PENERBIT: AMIN & WILDAN
PENGARAH VOKAL: AMIEN & WILDAN
JURUADUN: FUSSY PRODG
PENYUSUN MUZIK: TRABYE
HAKCIPTA: WILDAN PRODUCTION

0 comments: