Monday, June 30, 2008

Show Bintang Nasyid Mu'min Kelantan

Salams..tanggal 28/07/2008 (Sabtu) kami telah diundang untuk mengadili pertandingan Bintang Nasyid Mu'min yang kali ni diadakan di pasaraya Mydin Kota Bharu. Seramai 10 kumpulan nasyid menyertai pertandingan nasyid kali ini. Program ini dianjurkan oleh syarikat yang mengeluarkan ubat gigi Mu'min dangan kerjasama Nasyeed.com dan Mydin. Ianya bermula pada pukul 2 petang dan berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang.

Wildan hanya berdua sahaja untuk kali ini, jus Hazar dan Chelie yang hadir untuk menjadi hakim pertandingan tersebut. Turut menjadi hakim ialah saudara Zuwairie iaitu CEO Nasyeed.com dan dipengerusikan oleh saudara Radzlan dari kumpulan One-Faith. Selesai sahaja pertandingan, kami mengadakan sedikit demo dengan menyanyi secara live dengan perkusi dimainkan oleh saudara Zuwairie, manakala saudara Radzlan sebagai solo utama, kami jus jd back-up2 saja. Selesai demo tu, barulah kami tampil sekali dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu single ketiga kami "Kau Permata" dan single pertama kami "Setia Seorang Isteri". Alhamdulillah persembahan dapat dijalankan dengan baik walaupun berdua. Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua terutamanya kepada Mu'min, Nasyeed.com & Mydin atas undangan ini. Sehingga berjumpa lagi...

Hazar Sedang Memberi Komen Untuk Peserta Pertandingan...

Saudara Waie Mengkritik Persembahan...

Show Live Bersama Bro. Waie (Amrain) & Bro. Radzlan (One-Faith)

Giliran Wildan la pulaksss....

3 comments:

nur akmal said...

syok nampak duk bt prsmbahan...

WILDAN said...

aik? awak pi ke? x kenai daa...awat x tegur?

nur akmal said...

hehehe....
biaq ar..