Monday, July 28, 2008

Pencarian Bintang Mu'min Perak

AHAD (27/7/2008) : Salams...semalam kami dijemput untuk mengadili Pertandingan Nasyid Bintang Mu'min bagi Negeri Perak. Pertandingan tersebut diadakan di Giant Tambon. Wildan bertiga termasuk sessionist yang menggantikan Chelie. Bro Zaidie tak dapat join coz kena sambut pasukan bola sepak Chelsea yang tiba di KLIA pada sebelah petang semalam.

Kami bertolak dari pejabat Nasyeed.Com pkl 10 pagi, dengan menaiki kereta Razin (Mestica), turut bersama kami ialah Radzlan (One-Faith) yang merupakan pengacara utk pertandingan tersebut. Aji pergi ke sana di awal pagi lagi bersama-sama dengan krew Nasyeed.Com yang lain coz kena set-up P.A. System untuk pertandingan tersebut.

Kami berempat (Hazar, Amri, Razin & Radzlan) sampai di Tambon pkl 12.30 tgh. Kemudiannya lunch di Pizza Hut, kemudiannya sempat buat sedikit sound check coz kami kena perform selepas selesainya pertandingan tersebut.

Pertandingan dimulakan pada pkl 2 ptg dengan disertai seramai 9 kumpulan. Razin (Mestica) menghakimi bahagian Suara Solo Utama, Hazar pulak mengadili bahagian Suara Latar & Amri (sessionist Wildan) menghakimi bahagian persembahan. Selesai saja persembahan para peserta, kami tampil dengan mendendangkan lagu Fir-Raudhah & Kau Permata. Prog berakhir pada pkl 4 ptg.

Selesai saja prog tersebut, kami terus berangkat balik ke Shah Alam dan sampai pada pkl 8 mlm. Thanx kepada pihak Mu'min dan Nasyeed.Com atas jemputan ini, adiosss....

Hazar & Amri sebelum bermulanya pertandingan...

Sedang menghayati persembahan para peserta...

Hazar sedang memberi komen yang membina...

Wif Radzlan selaku pengacara pertandingan tersebut...

Show Wildan @ Bintang Nasyid Mu'min Perak...

0 comments: