Friday, July 11, 2008

Rakaman Zoom In Ramadhan @ RTM

Salams…alhamdulillah, semalam berlangsungnya rakaman Zoom In Ramadhan yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri. Antara artis yang terlibat untuk Zoom In Ramadhan kali ini ialah Nash, Iwan, Dayang Nurfaezah, Dia Fadilla, Nazrey Johani, Wildan & kumpulan cilik Puteri. Sesi rakaman dan raptai diadakan sehari sebelum rakaman dijalankan iaitu pada hari Rabu lepas. Untuk Zoom In kami ini, Wildan menampilkan seorang sessionist bagi menggantikan Chelie yang sekarang ni tengah praktikum kat Langkawi.

Wildan menyampaikan lagu Tangisan Rindu, Selawat Badriyyah (feat Puteri) dan finale bersama semua artis dengan menyanyikan lagu dalam loghat jawa yang berjudul Lir-Ilir, sebuah lagu yang agak susah untuk dihafal, nasib baik pihak RTM sediakan monitor untuk lirik lagu tersebut, menyanyi sambil menjeling lirik lagu…hehehehe…

Zoom In ini akan ditayangkan pada bulan Ramadhan yang akan datang, selain dari Zoom In Ramadhan, akan turut ditayangkan Zoom In bersama Hafiz Hamidon yang menampilkan artis jemputan FarEast dan Nice, tunggukan kemunculan kami nanti ya! Lastly thanx kepada semua yang terlibat dalam rakaman ini, terutamanya pihak RTM, Musicians & Back-up Vocal yang gempakzzz, pihak FMC, rakan-rakan artis dan semua krew yang terlibat…sehingga berjumpa lagi!!

Group Back-Up Vocal yang mengiringi persembahan artis2...gempakzzz!!

Adik2 Puteri yang tumey...kecik2 dah pandai posing yee...

Bersama Puteri sebelum rakaman bermula...

Amanat terakhir sebelum rakaman bermula...

Bersama Nazrey Johani selepas rakaman lagu finale...

Bersama sessionist (Amri) di hadapan Auditorium Perdana...

Pose untuk kawan2...

Pose close-up...

2 comments:

nur akmal said...

knaper abg chelie tk pegi zoom in???
cbok ke???

abg hazar... mn2 show pon dia wujud... hahahaha...

WILDAN said...

Chelie sekarang tengah praktikum kat Langkawi, sebab tu dia tak join rakaman zoo in ni coz rakaman ni dibuat pada ari Khamis malam n reharsel hari Rabu petang...

Abg Hazar lak mmg kena selalu ade sebab dia yang selalu update blog ni, klu dia x de, makanya x de la org nak update blog ni...huhuhuh