Tuesday, September 23, 2008

Live @ MHI TV3

Salams...pada Isnin (22/9/08) kami dijemput sbg artis undangan di dlm rancangan MHI. Kami berkumpul di Sri Pentas pada pkl 7.15 pagi. Pilihan pakaian hari ini ialah Baju Raya satu sut hijau.

Sesampainye di sana, kami terus ke bilik make-up utk di touch up, hari ramai gak selebriti yang hadir utk rancangan ni, antaranya ialah pakar motivasi Doktor Tengku Asmadi, pelakon kak Rozie dan Eric pelakon budak2 tu...depa nak promote drama terbaru depa yang bakal disiarkan masa raya nanti...

Kami jus perform 2 lagu je, lagu Setia Seorang Isteri dan juga FirRaudhah, then ade interview sket2 ngan Hairuddin dan juga Findah...arini kami x bwk jurugambar khas, makanya x de la gambar kami time nyanyik tu...huhuhuhu...

Bersama Doktor Tengku Asmadi...

Zaidie & Aji

Zaidie & Hazar

Show @ Kolej Kediaman 9 UM

Salams...semalam menerima jemputan utk mengadakan show sempena dengan majlis penutup Musabaqah Al-Quran peringkat UM yang diadakan di Kolej Kediaman 9 UM. Kami sampai di sana jam 2.30 ptg utk sesi soundcheck, selesai je sound check, kami ke Jln TAR utk shopping2 baju raya. Abg Zaidi, Aji dan Shah sempat membeli baju raya kat Jln TAR tu, harganya pun bleh tahan la...x la mahal sgt...

Selesai shopping2, kami ke Mid Valley dan menunaikan Solat Asar kat sana. Hajatnya nak berbukak kat sana, tapi tak berkesampaian coz semua seat dah penuh, segala macam kedai makan pun penuh, kecuali kedai makan cina...huhuhuhu...then kami amek keputusan utk beli je makanan ringan utk berbuka atas keta jek!

Makanya...berbukalah kami dengan makanan ringan jek, singgah Solat Maghrib kat Masjid Ar-Rahman UM, then tersu ke ss17 bersebelahan UIA PJ utk makanan berat laks...selesai makan2, kami terus ke kolej 9. Sampai je di Kolej 9, sempat rehat dan tertido keletihan, nasib baik show kami delay coz program mula lambat...

Kami memulakan show pkl 12 tghmlm...12 tgh mlm tu...1st time show waktu cenggini...oleh kerana masa agak mencemburui, kami jus menyanyikan 3 lagu jek iaitu Bacalah, Tangisan Rindu dan Setia Seorang Isteri feat Shah...

Bergambar sebelum show...

Show dah bermula...

Feeling dlm keadaan mengantuk...

Setia Seorang Isteri...

Kenangan bersama urusetia program...

Sunday, September 14, 2008

Show Iftar di Perangsang Golf Club Rawang

Salams...semalam kami di jemput untuk mengadakan persembahan di Perangsang Golf Club di Rawang. Kami tiba di sana pada pukul 5.30 ptg, persembahan kali ini turut menampilkan Shah Akademi Nasyid. Kami mendendangkan beberapa lagu seperti Kau Permata, Bunga Kasih Bertangkai Duri, Nikmat Ramadhan, Seandainya dan Tangisan Rindu.

Show kami bermula pada pukul 6.30 ptg, diselang seli dengan persembahan Shah, sempat gak berduet ngan Shah dengan membawakan lagu Setia Seorang Isteri dan Permaidani yang dipopularkan oleh Aris Ariwatan. Enjoy da pics k!

Show bermula dengan selawat...

Lagu kedua...Nikmat Ramadhan...

Dengan penuh feeling...

Kambing golek, siap la kau lepas ni!! hehehe...

Wif Shah AN...

Menyampaikan lagu Setia Seorang Isteri...

Pandangan dari bawah...hehehe...